Bahaya Meminjam Wang Daripada Ahlong!
July 24, 2025Perbezaan Antara Pemberi Pinjam Wang Berlesen Dan Tidak Berlesen (Ah Long)
Perjanjian pinjaman mengikut borang yang ditetapkan oleh Peraturan. | Perjanjian dan terma pinjaman mengikut selera Ah Long yang kebanyakan dibuat secara lisan dan tiada perjanjian bertulis. |
Kadar faedah ditetapkan tidak melebihi 12% setahun bagi pinjaman bercagar dan tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tanpa cagaran. | Kadar faedah berubah mengikut kehendak Ah Long yang boleh mencecah sehingga 50 peratus sebulan mengikut keadaan permohonan pinjaman. |
Kadar faedah ringan atau denda lewat bayar ansuran bulanan sangat minimum iaitu pada kadar 8% setahun dikira daripada hari ke hari tarikh keingkaran bayaran balik bagi amaun jumlah ansuran. | Mengenakan denda lewat bayar yang sangat tinggi serta menetapkan tempoh yang pendek untuk menyelesaikan bayaran ansuran tertunggak dan jika gagal akan dikenakan denda berlipat ganda. |
Keingkaran peminjam untuk membayar balik hutang hanya boleh diperolehi melalui tuntutan sivil di mahkamah sahaja. | Ah Long akan menggunakan kekerasan terhadap peminjam yang ingkar bagi mendapatkan balik pinjaman mereka kerana mereka tidak boleh membuat tuntutan sivil. |
Setiap transaksi pinjaman wang hanya boleh dilakukan di alamat premis yang diluluskan sahaja. | Tidak mempunyai alamat tetap dan transaksi pinjaman biasa dilakukan di alamat atau tempat-tempat yang tidak tetap. |
PPW perlu menghantar rekod transaksi tahunan kepada KPKT. | Tiada sebarang laporan transaksi pinjaman yang dikemukakan kepada KPKT. |