MHO Kini Di Sabah
March 16, 2021Facebook baru MHO
May 1, 2024
MHO menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dalan isu-isu berkaitan bantuan undang-undang dan kaunseling guaman.
MCCC yang diketuai oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerajui organisasi ini bagi menjadi pemantau jenayah yang dikenali sebagai Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC).
Misi utama MCCC adalah untuk membantu pasukan keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) membendung kegiatan jenayah dan menolak tuduhan liar yang menjejaskan kredibiliti serta integriti polis.
Organisasi ini tidak terlibat dengan mana-mana parti politik dan disertai golongan profesional seperti ahli perniagaan, peguam dan bekas polis serta tentera.
Semoga dengan kerjasama ini dapat membantu masyarakat terhadap kesedaran undang-undang dan membela masyarakat dari sebarang kezaliman dan penindasan.